Hubungannya dengan Camilla Parker Bowles Charles_III

Dalam sebuah temu bual di televisyen pada 1994, Charles mengaku bahawa hubungan luar nikahnya dengan seorang yang tidak disebut menjadi lebih erat apabila "sudah jelas bahawa perkahwinannya dengan Diana tampak berakhir". Ia kemudian disahkan bahawa orang yang dimaksudkan ialah Camilla lantas mengakhiri beberapa tahun spekulasi dari media. Sebenarnya pada 1993, tabloid-tabloid Britain berjaya mendapat rakaman perbualan telefon bimbit pada 1989 di antara Charles dan Camilla di mana Charles menyatakan kesesalannya kerana Camilla terpaksa menanggung malu disebabkan hubungan mereka.

Selepas Charles bercerai dengan Diana, hubungan beliau dengan Camilla Parker Bowles menjadi lebih terbuka dan Camilla seolah-olah isterinya yang tidak rasmi. Bagaimanapun, dengan kematian Diana pada 1997, kemunculan Camilla di pandangan awam dihentikan buat sementara. Bagaimanapun pada 1999, selepas sebuah pesta meraikan hari jadi ke-50 kakak Camilla, Annabel Elliott. Charles dan Camilla dilihat difotografikan bersama di khalayak ramai. Ramai yang menganggap bahawa ini merupakan sebuah tanda bahawa perhubungan mereka sudah menjadi "rasmi". Dalam satu lagi usaha yang dilakukan supaya dia diterima oleh rakyat Britain, Camilla telah bertemu dengan Ratu Elizabeth pada Jun 2000. Akhirnya pada 2003, Camilla berpindah ke kediaman Charles di Highgrove dan Clarence House.

Perkahwinan mereka kekal ekslusif disebabkan isu-isu utama yang memerlukan resolusi dan penerimaan. Sebagai Gabenor Tertinggi Gereja England pada masa hadapan, isu Charles mengahwini Camilla dilihat sebagai sebuah kontroversi yang besar oleh beberapa pihak. Kedua-dua Charles dan Camilla telah bercerai dengan pasangan masing-masing tetapi kerana bekas suami Carmilla masih hidup, perkahwinannya dengan Charles mungkin dibelenggu masalah. Namun lama-kelamaan, pendapat rakyat dan Gereja England berubah kepada pendapat bahawa perkahwinan cara sivil boleh diterima oleh semua.

Perkahwinan kedua

Pada 10 Februari 2005, telah diumumkan oleh Clarence House bahawa Putera Charles dan Camilla Parker Bowles akan berkahwin pada 8 April pada tahun yang sama, dalam satu majlis sivil di Istana Windsor diikuti dengan sebuah upacara kebaktian di Chapel St. George di perkarangan istana. Namun lokasinya bertukar ke Guildhall, Windsor kerana keluarga diraja risau jika Istana Windsor digunakan untuk majlis mereka, maka mereka juga harus membuka istana tersebut untuk perkahwinan orang lain menurut undang-undang. Pada hari Isnin, 4 April, telah diumumkan bahawa majlis perkahwinan mereka akan terlewat sehari ke 9 April untuk memberi peluang kepada Putera Charles untuk menghadiri upacara perkebumian Paus John Paul II di Rom.

Diumumkan juga bahawa selepas perkahwinan, Camilla Parker Bowles, sebagai isteri kepada Putera Wales, akan mendapat gelaran Duchess Cornwall dengan gaya, Her Royal Highness (Yang Teramat Mulia). Apabila Putera Charles menjadi raja kelak, Camilla akan dikenali sebagai, Her Royal Highness, The Princess Consort. Gelaran ini dikatakan berdasarkan gelaran yang diberikan oleh Ratu Victoria kepada suaminya, Putera Albert yang digelar Prince Consort.

Putera Wales dan Duchess Cornwall telah berada di Scotland bagi merayakan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.